Selasa, 17 Julai 2012

Makcik Faridah Meninggal Dunia Sakit Tua


KUALA LUMPUR – Faridah Maulud (gambar), 66, ibu yang ditinggalkan anaknya di sebuah hotel bajet di ibu negara Mac lalu, meninggal dunia akibat sakit tua, semalam.
Arwah yang uzur sejak kebelakangan ini disahkan meninggal dunia di dalam tidur oleh anak tunggalnya, Amir Mohd Omar, 27, jam 3.15 petang semalam ketika dia mengejutkan ibunya.
Arwah menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang minggu lalu akibat keuzuran dan pulang ke rumahnya di Kuala Selangor beberapa hari lalu.
Ahli perniagaan, Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang juga bekas majikan anaknya berkata, dia menerima panggilan daripada Amir sejurus selepas pemuda itu menyedari ibunya tidak sedarkan diri.
“Saya meminta jiran untuk melihat keadaan arwah dan mereka dapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya.
Akhbar ini dalam laporan muka depannya 9 Mac lalu mendedahkan, Faridah ditinggalkan berseorangan oleh anaknya di sebuah hotel dan dijaga pekerja di situ yang kemudian membuat laporan polis.
Kisah warga emas itu mendapat perhatian segera daripada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), Noormah Abdul Rauf yang kemudiannya menempatkannya di Pusat Sehenti JKM di Sungai Buloh sehari selepas itu.
Simpati dengan keadaannya, Jamhuri tampil memberikan bantuan kepada keluarga berkenaan dengan menyediakan sebuah rumah untuk Faridah di Kuala Selangor selain menawarkan pekerjaan kepada Amir di kilang membuat besi keluli miliknya.
Jenazah Faridah dikafankan di rumahnya sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pengerang, Johor untuk dikebumikan. (Harian Metro)


Pelajar sekolah boleh bawa telifon bimbit ke sekolah??


Pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan ( 2013 ) berkemungkinan boleh membawa telefom bimbit ke sekolah.  
Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan yang telah mengambil kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah.
DATUK DR WEE KA SIONG – TIMBALAN MENTERI PELAJARAN:
“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.
Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya.
Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen.
Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat.

kredit to = hangat.my

kesian baby nih.... doktor pon xtau dia kene barah....


LONDON – Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20 doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur.
Yvonne Bull, 32, berkata, dia diberitahu supaya tidak bimbang apabila anaknya, Isabel dilahirkan dengan tanda ungu pada bahagian kiri mukanya.
Tetapi si kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi kerana tanda itu yang akhirnya disahkan ketumbuhan dan membesar dalam masa sebulan hingga menutup telinga kirinya.
Isabel yang sekarang berusia empat bulan, menjalani pemulihan setelah kehilangan telinga kiri berkenaan selepas doktor menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan itu.
Yvonne, jururawat di Sturminster Marshall, Dorset berkata, doktor sebelum ini memberitahunya, tanda ungu itu yang asalnya bersaiz bola golf, hanyalah tanda lahir ‘strawberi.’
Apabila ia semakin membesar dan berdarah, Yvonne berulang kali membawa Isabel ke hospital tetapi doktor hanya memberi ubat untuk mengecutkan tanda lahir itu.
Selepas beberapa kali ulang- alik, Isabel akhirnya dirujuk ke Hospital Great Ormond Street di London dan ujian mendapati dia menghidap ketumbuhan sarkoma, sesuatu yang jarang berlaku.
Yvonne, ibu empat anak berkata, Isabel berdepan dengan masa depan yang tidak menentu kerana barah itu berkemungkinan kembali.
“Apabila dia dilahirkan, doktor dan jururawat membawa bayi itu dan berkata dia hanya mempunyai benjol kecil.
“Bagi saya, ia bukan kecil, tetapi besar. Saya menangis. Saya tidak pernah melihat seperti itu sebelum ini. Ia amat besar. Ia sepatutnya hari yang gembira untuk kami. Tetapi tidak.
“Mereka berusaha memberi jaminan kepada kami bahawa ia hanya tanda lahir. Tetapi ia tidak kelihatan seperti itu.
“Kami membawa Isabel menemui 20 doktor dan mereka tidak pernah bertanyakan mengenai diagnosis asal. Mereka cuma berkata, ia tanda lahir dan memberitahu kami supaya tidak bimbang.
Yvonne yang tinggal bersama temannya, Anthony Roch, 37, perunding pengambilan pekerja, menjalani ujian pengimbasan pada minggu 34 kehamilannya dan keputusan menunjukkan ada sesuatu yang luar biasa.
Isabel dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean seperti yang dirancang pada 1 Mac di Hospital Poole.
Dia menjalani pembedahan selama enam jam untuk membuang sel barah itu pada 29 April dan mula menjalani kemoterafi pada 1 Mei.
Yvonne yang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang berkata, Isabel kini hanya mempunyai telinga sebelah kanan dan parut yang besar pada mukanya.
Doktor juga memberi amaran, kanak-kanak itu juga mungkin tidak boleh bercakap dan berdepan dengan masalah bahasa pada masa depan. – DM


Jumaat, 13 Julai 2012

Muhdalina Percaya Kiamat Dah Dekat, Selalu Berpakaian Hitam


KLANG – Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.
Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.
“Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius,” katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.
Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.
“Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya,” katanya.
Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.
“Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.
“Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham ‘perkara penting’ yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam. (Sinar Harian)


Sanggup Buang Bayi Di Rumah Usang


GEORGETOWN – Seorang wanita tergamak membuang bayi lelakinya di rumah usang berhampiran Jalan Lorong Kulit, petang semalam.
Bayi malang itu dipercayai baru seminggu dilahirkan kerana masih bertali pusat di badannya.
Bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Jeffri Sabaruddin, 27, yang kebetulan melalui di hadapan rumah lamanya yang ditinggalkan sejak beberapa tahun lalu kira-kira jam 1.20 petang.
Jefri berkata, dia melihat kehadiran seorang wanita berbaju biru di rumah itu dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, setelah melihat kehadirannya, perempuan itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan rumah itu dan terus menaiki sebuah bas.
Dia cuba mengekori wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu hingga ke susur keluar kawasan perumahan terbabit tetapi gagal menjejakinya.
“Wanita yang disyaki seorang warga Indonesia itu terlalu pantas berlari menaiki bas ke arah Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) sehingga saya tidak sempat mengejarnya.
“Sebaik pulang semula ke rumah ini, saya terpandang kelibat seorang bayi lengkap berpakaian yang diletakkan di atas simen berlapikkan guni dan apabila diperiksa bayi malang itu masih mempunyai tali pusat,” katanya.
Selain itu, satu botol susu dan payung ditemui berhampiran bayi itu.
Jeffri kemudian memaklumkan perkara itu kepada jiran terdekat dan polis mengenai kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil siasatan mendapati bayi itu berusia kurang dari seminggu dan berada dalam keadaan normal.
“Bayi itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk siasatan lanjut.
“Lakaran fotofit akan dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima daripada saksi kejadian,” katanya.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi-sinar harian


Pengikut Yg SeTia