Isnin, 30 Januari 2012

Tahun Berganti Tahun

Assalamualaikum
dimulakan dengan

بسم الله الرحمن الرحيم

saya ingin menyatakan bahawa saya telah memasuki SEM6..
pada tahun ini..:D
di tahun yang baru ini, di permulaan sem yg sejuk ini...
saya mahu menjadi seorang pelajar yang rajin..:))
jangan malas2 & main2 lagi..ngeee
Insyallah dgn izin-Nya..
saya bersyukur dengan apa yang diberi..
kerana setiap pemberian itu adalah satu perkara yg mulia 
dari pihak yg memberi mahupon yg menerima dgn terbuka..:)
terima kasih kerana sudi mengajar saya ye pensyarah2 :))
dengan menguatkan lagi tajuk diatas ialah...
Semakin Hari Semakin Tua!! 
:P




*selamat bertemu kembali ye NANAYU... :)

tahun 4 pon dah nek moto g sekolah~





KULAIJAYA: Tindakan dua murid Tahun Enam menunggang motosikal sejauh 40 kilometer, dari Pontian ke Pekan Kelapa Sawit, di sini kononnya untuk membeli alat ganti, menerima padah apabila masing-masing disaman, manakala kenderaan mereka disita polis trafik, pagi semalam.

Dua kanak-kanak terbabit adalah antara 30 penunggang motosikal yang disaman manakala kenderaan mereka disita dalam operasi Polis Trafik Kulaijaya, bermula jam 9 pagi semalam.


Dalam operasi selama tiga jam itu, dua murid terbabit, bersama seorang pelajar Tingkatan Satu yang membonceng, turut tidak memakai topi keledar sepanjang perjalanan, selain menunggang laju.
Operasi diketuai Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Polis Kulaijaya, Asisten Superintendan Gurbindir Singh, bersama 26 anggota itu dijalankan selepas kempen keselamatan jalan raya dan agihan topi keledar percuma dijalankan, selain pemerhatian mendapati ramai remaja bawah umur di kawasan itu menunggang motosikal tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap dua murid terbabit.

“Mereka mendakwa membeli alat ganti motosikal berupa fairing dan lampu daripada seorang rakan di sebuah kedai tetapi tiada resit rasmi dikeluarkan, kita bimbang kemungkinan itu barangan curi,” katanya.

Zulkefly berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan seorang lagi murid Tahun Enam yang menunggang motosikal dengan alasan membeli barang di kedai berhampiran rumahnya di pekan terbabit. 
“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan murid sekolah dan remaja bawah umur menunggang motosikal dengan pengetahuan ibu bapa atau penjaga mereka dan seolah-olah mengambil mudah peraturan jalan raya hingga mengabaikan keselamatan diri sendiri, serta pengguna lain,” katanya.

Beliau berkata, semua penunggang itu dibawa ke IPD Kulaijaya untuk siasatan lanjut, termasuk pemeriksaan ujian air kencing, manakala ibu bapa penunggang motosikal bawah umur turut dipanggil kerana kesalahan membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen dan dikenakan saman. 

Pensyarah Korea yg bimbang tapi Pensyarah Malaysia??

KUALA LUMPUR: Pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama di kalangan generasi muda di negara ini. 

Prof Dr Kang Kyoung Seok, dari Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.


Katanya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.
"Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?," katanya yang fasih berbahasa Melayu kepada Bernama. 

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas. 

Beliau berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya. - BERNAMA 

Isnin, 23 Januari 2012

Hasilan Pertama~

Hasi



inilah hasilan pertama saya....
xberapa nk dot..dot sgt....huhu
akan sy baiki lagi...:)
tapi rasenye sedap...weeee!

harap dengan permulaan ini diberkati Allah...:)
sesiape berminat nk tempah leh tgglkan comment ye...! :D

Baucer Buku 1 Malaysia kene lelong...............peh! x beruntung betul sape yg wat tuh~













Pelajar IPT guna beberapa laman blog, forum untuk iklan tawaran jual BB1M

PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.
Tinjauan Berita Harian mendapati beberapa laman blog dan forum internet, termasuk Facebook dan mudah.com.my, digunakan pelajar untuk mengiklankan tawaran menjual BB1M yang sah laku selama tiga bulan sehingga 31 Mac ini.
Antara iklan ditemui adalah:

  • Saye tak menggunakan baucar ni... saye lebih memerlukan duit dari menggunakan baucar ini. so, kepada sesiapa yang berminat dengan Baucar Buku 1Malaysia yang berjumlah rm200, saye ingin menjual baucar ini dengan harga rm180 tunai. Harge boleh kurang lagi. Nego. Tarikh luput baucar adalah 31/3/2012... contact me 01X- XXX XXXX'. 
  • Price: RM150. I don need the 1 Malaysia voucher, hereby I offer the 4 vouchers for only RM150. Voucher can be use at any bookstores include XXXXX bookstore. Price include postage delivery. 
  • Want to sell book voucher worth RM200 for RM190.

Wartawan yang menghubungi tiga pelajar IPT tempatan semalam dengan alasan untuk membeli baucar yang diiklan, dimaklumkan sudah menjual baucar masing-masing, tetapi memberitahu ada ramai lagi rakan yang mahu menjual baucar jika ada yang masih berminat.

Ada juga pelajar yang sanggup menghantar baucar melalui pos selepas bayaran dibuat dengan mendeposit kadar yang dipersetujui ke dalam akaun bank mereka. 

Dalam pada itu, dua pelajar yang dihubungi sanggup mengurangkan harga sehingga RM140 bagi empat baucar berbanding nilai keseluruhan RM200. Seorang daripadanya turut menawarkan potongan harga lebih menarik berdasarkan berapa banyak baucar yang mahu dibeli. 

Ada antara mereka mendakwa pelajar tahun akhir pengajian dan tidak memerlukan sebarang buku lagi, manakala yang lain memberi alasan kerana sudah membeli semua buku diperlukan lebih awal.

Ditanya sama ada sebarang pengesahan diperlukan apabila menggunakan BB1M, pelajar terbabit berkata, seseorang hanya perlu mengisi butiran nama dan nombor kad pengenalan apabila mahu membeli buku di kedai terpilih.

Sebelum ini ada laporan pelajar menggunakan BB1M yang diberikan kerajaan yang sepatutnya untuk membeli buku ilmiah, membeli bahan bacaan lain selepas berkomplot dengan penjual buku.

Awal bulan ini, ketika BB1M mula diagihkan, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa, berkata kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku dicetak RM50 setiap satu.

Jumaat, 20 Januari 2012

DAHSYAT!




BE CAREFULLY GUYS!
:D

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia





Penyanyi Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang. Maklumat tersebut disahkan oleh adiknya Aril sebentar tadi menerusi Twitter. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Penyanyi lagu Kembali Senyum itu lahir pada 24 November 1979. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



P/s= sewaktuh dulu... saya minat sgt kt Allahyarham... Alfatihah tok rohnya...moga ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman....

Ahad, 15 Januari 2012

AIR PANCUT!


SEBUAH kereta terbalik selepas terbabas dan melanggar paip air hubungan menyebabkan air menjulang tinggi lebih 5 meter di Lebuhraya Persekutuan berdekatan susur keluar ke Shah Alam, hari ini. - Foto Oleh Afiq Razali



peh! tinggi gile air tuh... best klo nk mandi n basuh kete free..huhu
tapi mangsa meninggal dunia.. kawan2.. jangan bawak kereta laju2 walau dimana anda berada k.. :)

Teh paling mahal dibajai najis panda...




2012/01/15

CHENGDU: Seorang pengusaha ladang teh di China mendakwa berjaya menemui rahsia menghasilkan serbuk teh paling mahal di dunia, iaitu baja asli daripada najis beruang panda. 

An Yanshi, 41, yang juga bekas seorang guru kaligrafi, sebelum ini membeli najis panda dari sebuah pusat pembiakan panda untuk dijadikan baja di ladang tehnya.
Dia berkata, daun teh pertama yang menggunakan baja najis haiwan itu yang akan dipetik awal musim panas ini, bakal menjadi serbuk teh paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga hampir 220,000 yuan (RM109,293) bagi setiap 500 gram (g).
Penggemar minuman teh di China menyifatkan tuaian pertama daun teh berkenaan sebagai yang terbaik manakala daun teh tuaian berikutnya akan dijual pada harga 20,000 yuan (RM9,935). 

Bagaimanapun, An yang begitu teruja dengan projek barunya hingga memakai pakaian berbentuk panda ketika ditemuramah sebuah agensi berita antarabangsa, dicemuh pengkritik di negaranya kerana mendakwa ‘teh panda’ ada kelebihan yang mereka anggap keterlaluan. 

Namun, An bertegas bahawa dia benar-benar serius dengan apa yang didakwanya dan sanggup meletakkan jawatan sebagai tenaga pengajar di Universiti Sichuan untuk bergiat sepenuh masa dengan syarikat yang ditubuhkannya, Panda Tea. 

“Najis beruang panda amat kaya dengan zat galian. Ia jauh lebih baik berbanding baja kimia,” katanya. 
An berkata, walaupun penanaman ‘teh istimewa’ di ladang seluas satu hektar mempunyai tujuan komersial, misi utamanya ialah bagi meyakinkan dunia melindungi alam sekitar dan menggantikan baja kimia dengan baja asli daripada najis haiwan sebelum terlambat. 

“Manusia perlu menjalin hubungan harmoni dengan bumi dan alam sekitar. Semua orang bertanggungjawab melindungi alam dan kehidupan mereka,” katanya. 

An mendapat idea untuk menggunakan baja najis beruang panda selepas menghadiri satu seminar tahun lalu, apabila dimaklumkan bahawa haiwan itu hanya menyerap 30 peratus khasiat daun buluh yang dimakannya, manakala 70 peratus lagi dikeluarkan dalam bentuk najis berwarna kehijauan. 

Dia juga yakin teh Panda akan mendapat sambutan hebat dan sudah mempatenkan idea itu bagi mengelak persaingan. 

Dakwaan An bahawa teh Panda membantu mengurangkan berat badan dan melindungi penggemarnya daripada radiasi, bagaimanapun diperlekah beberapa laman web yang ragu mengenai dakwaannya dan harga teh itu yang terlalu mahal. 

“Jika najis beruang adalah baja yang amat baik untuk pokok teh, saya mahu bertanya kepada guru ini. 

“Mengapa anda tidak makan saja najis beruang itu. Anda boleh dapat sisa 70 peratus daripada khasiat yang dikeluarkannya,” kata seorang pelayar internet yang menggelarkan dirinya Baihuashu. 

Seorang lagi pelayar internet yang menamakan dirinya 24-0 berkata: “Harga 200,000 yuan untuk 500 gram teh yang dibaja dengan najis panda? Adakah itu untuk minum teh atau minum darah panda?” 

Di sebalik kritikan dan cemuhan itu An terus berazam untuk membesarkan perniagaannya. 

“Selepas tuaian pertama, jika mutunya benar-benar hebat, saya akan berusaha membesarkan ladang dan menanam lebih banyak pokok teh,” katanya. – Agensi 




Khamis, 12 Januari 2012

Nasha Aziz Dah Bernikah Dengan Warga Brunei?





Nampaknya dalam internet dan ruangan forum dah kecoh mengenai pernikahan model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz dengan seorang warga Brunei.
Khabarnya lelaki yang dah bergelar haji ini sebelum ini sudah beristeri tetapi telah berpisah.
Tup-tup Nasha hadir bagi mengisi kekosongan di hatinya, chewah!
“Correction. The guy yang kahwin Nasha ni ex wife bukan Caucasian hah, mintak ampun. Local woman ex wife p dah lama divorced lah.
“Khabarnya dah 5-6 bulan kahwin. Abis lah tentu wartawan scoop tis news nanti. Ampun lah tuan haji bocor citer kat sini lak,” dakwa penyampai gosip tersebut di laman cari.
Nasha sebelum ini dikatakan telah bertunang dengan pemuda mualaf, Iman Tang.
Bagaimanapun timbul pelbagai spekulasi tentang hubungan cintanya dengan Iman atau nama asalnya Tan Wing Poh
“Kami belum bertunang tetapi dia bagi cincin ini sebagai tanda ‘booking’ saya. Daripada mulut saya, apa yang saya boleh katakan, hubungan silaturahim kami sebagai saudara sesama Islam yang saling mengenali memang sangat baik. Setiap percintaan itu ada arah tujuan. Semua orang bila bercinta memang ke arah itu.
“Niat manusia mesti yang baik saja. Niat tetap niat tapi semuanya terletak atas kekuatan dan keinginan masing-masing. Dalam kehidupan ini banyak warna. Warna dalam hubungan saya lebih banyak merah daripada hijaunya,” katanya dalam satu temubual dengan pihak media suatu ketika dulu.
Apapun penulis berharap yang baik-baik saja buat Nasha, dia pun sudah berusia 41 tahun, sudah tentu dia mahukan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidupnya.
Tak kisahlah pak haji ke, pak lebai ke, janji mulut mau manis dan hati mau baik.
Apapun kalau betullah akak Nasha kita ni dah dimiliki secara sah oleh jejaka Brunei itu, ‘confirm’ makan hatilah jejaka Malaya di luar sana, ahaks! 



Selasa, 10 Januari 2012

Pesta mendulang emas



JOHOR BAHRU - Bagaikan pesta keramaian apabila ratusan penduduk membanjiri Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee dekat sini apabila kawasan berkenaan didakwa mempunyai emas.

Tinjauan Sinar Harian semalam, mendapati lebih 50 individu pelbagai peringkat umur tekun mendulang apabila kawasan di situ dimaklumkan mengandungi bahan berharga berkenaan.

Kehadiran butir-butir yang dikatakan emas itu disedari sejak seminggu lalu selepas salah seorang penduduk di situ mendakwa menemui ketulan batu yang mengandungi hablur emas.

Ketulan batu di kawasan berkenaan sebenarnya dilonggokkan di situ dari tiga lori bagi projek membina sistem saliran yang terletak kurang tiga meter dari situ.

Keghairahan penduduk di situ semakin luar biasa apabila batu yang bersinar keemasan dan lebih berat daripada batu biasa itu dikatakan emas yang belum diproses dan telah disahkan oleh beberapa pemilik kedai emas.

Berita mengenai lubuk emas itu menarik individu dari luar kawasan terbabit yang tidak melepaskan peluang sanggup datang dari Pontian dan Mersing.

Penduduk yang ditemui, Maimun Mohd Warti, 43, berkata, dia mengetahui mengenainya melalui seorang penduduk yang menyedari longgokan tanah di hadapan rumahnya itu berkilauan seperti emas.

"Saya bertanya kepadanya mencari apa, dia cakap, batu aquarium, namun keadaan semakin pelik apabila semakin ramai orang yang datang ke kawasan itu dan akhirnya baru saya dimaklumkan longgokan batu itu mengandungi emas.

“Pada mulanya memang seakan tidak percaya tetapi apabila diteliti batu tersebut berkilau dan berwarna keemasan.

“Ada individu yang telah bertanya ke kedai emas mengenai kesahihan batu tersebut dan disahkan ia emas yang masih muda.

“Sejak itu orang ramai mula berkampung di sini dari jam 8 pagi hingga awal pagi, semata-mata untuk mencari emas,” katanya.

Manakala bagi seorang penjawat awam, Shahrizal Mohd, 30, beliau menghabiskan masa hampir 12 jam sehari bagi mencari emas di situ dan kini menyimpan hampir setengah kilogram batu yang dipercayai emas.

“Saya tidak peduli apa tanggapan orang ramai dan saya percaya ini bukan kerja sia-sia, jika ia benar-benar emas, alangkah bertuahnya.

“Saya telah menelefon tukang lebur emas dari Pulau Pinang dan dijangka akan sampai ke sini dua, tiga hari ini, dan saya hanya akan berhenti mencari emas ini apabila disahkan batu yang kami temui ini bukan emas sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang datang dari luar kampung itu, Fadilah Sabtu, 25, berkata, beliau mula berkampung di situ sejak dua hari lalu.

“Saya dimaklumkan mengenai ketulan emas ini dari seorang rakan, sejak itu saya teruja untuk mencari emas yang dimaksudkan.

“Saya akan terus mencari selagi ada,” katanya.

Sinar Harian difahamkan kehadiran orang ramai akan bertambah menjelang petang hingga lewat malam apabila malam proses mencari batu berkilau itu lebih mudah.


Derita bayi usus, hati diluar




BOTA - Bayi yang baru sahaja berusia dua bulan kini terpaksa menanggung derita kerana dilahirkan dalam keadaan usus dan hati di luar badan (Omphalocele) menyebabkan pergerakannya terbatas.

Adik Iman Syafiq Azman yang menderita penyakit itu sejak dilahirkan hanya mampu tidur secara terlentang kerana tali pusat dan ususnya berada di atas abdomennya.

Anak kelima pasangan Azman Abdullah, 32, dan Norhayama Ramli, 29, itu memerlukan penjagaan rapi bagi menghalang sebarang jangkitan kuman.

Norhayama berkata, walaupun keadaan anak mereka seperti itu, namun sehingga kini Iman Syafiq berada dalam keadaan sihat seperti bayi normal lain.

“Pada usia kandungan 19 minggu, saya dimaklumkan bahawa bayi saya mengalami kecacatan dan selepas itu, kes ini dirujuk kepada Hospital Manjung dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria dan Adun Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan bersama skuad sayang wanita Umno bahagian Parit di Kampung Lambor Kanan, semalam.

Katanya, beliau redha dengan ketentuan itu walaupun anaknya sebelum itu dilahirkan normal dan tidak ada sebarang masalah.

“Kami menerima takdir ini dengan hati terbuka dan tetap memberikan kasih sayang kepada Iman Syafiq seperti anak-anak lain juga cuma penjagaannya perlu lebih teliti bimbang bahagian usus di luar dijangkiti kuman,” katanya.

Sementara itu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga suaminya, Azman tiba-tiba hilang penglihatan dan terpaksa mengambil cuti sakit serta menambahkan lagi penderitaan keluarga berkenaan.

Sementara itu, Mohd Zaim yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit berkata, pihaknya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga itu dan meminta pasangan Azman dan Norhayama bersabar serta menerima ketentuan Ilahi dengan redha.

Bagi meringankan beban keluarga itu, Umno Parit tegasnya, mengesyorkan bayi itu itu dirujuk kepada Pusat Pakar Ipoh (ISC) dengan segala kos rawatan ditanggung bersama oleh Dun Belanja dan Dun Bota.

“Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi kecil ini dan saya dimaklumkan pembedahan hanya boleh dijalankan ketika Iman Syafiq berusia tiga tahun.

“Sementara menunggu tempoh pembedahan, saya syorkan kes ini dirujuk kepada pakar kanak-kanak di ISC agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi menjamin kesihatan bayi,” katanya.

Katanya, segala kos berkaitan rawatan di ISC akan ditanggung oleh Umno Bahagian Parit melalui Ahli Parlimen dan wakil rakyat dari Dun Belanja serta Bota.



Ahad, 8 Januari 2012

Tumor seberat 90KG




Vietnam – Selepas melalui pembedahan mendebarkan selama 12 jam, akhirnya penderitaan Nguyen Duy Hai sejak 27 tahun lalu berakhir apabila tumor seberat 90 kilogram yang tumbuh di bahagian kaki kanannya itu berjaya dibuang oleh sekumpulan doktor diketuai seorang pakar dari Amerika Syarikat.
Dalam pembedahan terbaru ini, McKinnon tidak mengenakan sebarang caj manakala kos lain untuk pembedahan berkenaan ditanggung melalui derma orang ramai. pembedahan tersebut berjaya dan dia selamat..

Jagalah kesihatan anda ye kawan2...:)

Bayi lahir tanpa Tempurung Kepala




Bayi tersebut telah dilahirkan khamis lalu di sebuah klinik di serdang ibu bapa bayi itu tersebut Sari Rianti 17, dan Rudi Kusmawanti 27, terkejut bila diberitahu pasal kekurangan yang di alami oleh bayi mereka.
Selepas itu bayi tersebut telah di hantar ke hospital besar untuk rawatan selanjutnya.dan sampai sekarang keadaan dan kedihatan bayi itu dalam keadaan stabil. Menurut bapa kepada bayi itu dia betul-betul tidak menyangka keganjilan yang di alami oleh bayinya kerana waktu isterinya mengandung,dia banyak mengambil susu dan juga jamu untuk menjaga kesihatannya.


kesiannya dia.. lahir je dh dapat dugaan.. mata kuning..nak nangis saya tgk..
moga Allah panjang kn umurnya..:)







Pengikut Yg SeTia