Isnin, 25 Jun 2012

My new life......

Assalamualaikum....
hai korang...
lame dh x update bende alah nih...hihi
now sy duk jauh dari family sy
(xbape nk jauh sgtlah, Melaka jek pun) :P
akibat daripada ditransfer, itulah jadinya sy kene berpindah..
ishhh... xpernah terpikir pon akn duk di Melaka..
skrg bru terpikir jp..hahaha
sumenye ok lah, 
cume bile duk umh sewa nih kene msk sendiri
n xdpt mkn msakan mak hari2...huhu


inilah keadaan bilik sy..:D


Isnin, 4 Jun 2012

Tempahan time cuty sy... ;)

haaa 
xde idea nk tulis 
(tulah akibat dh lame sgt xupdate bucuk sy nih)

kite lyn gmba jek lah ye kwn2..;)




Kek Batik



200 biji apam polkadot




200bungkus Tapai Pulut





Kek Buah



Sebelum



selepas...;)

Rabu, 2 Mei 2012

Anda Pernah Lihat Ketam Sebesar Ini?




WEYMOUTH – Ketam gergasi ini terselamat daripada dijadikan bahan makanan.
Sebaliknya, ia akan menjadi bahan pameran dalam sebuah akuarium.
Raja Ketam Tasmania ini dibeli bersama-sama dua ketam lain dengan harga RM15,000 oleh pekerja SeaLife yang melancong ke Australia baru-baru ini.
Yang berada dalam gambar ialah Claude yang selebar 38 sentimeter dan berat tujuh kilogram.
Ia boleh membesar sehingga 14 kilogram dan boleh menghasilkan daging sebanyak sembilan kilogram atau 325 batang isi ketam.
Seekor akan dihantar ke Weymouth dan satu lagi ke Birmingham, sementara yang ketiga akan dihantar ke Berlin, Jerman.
Ketua Biologis Marin SeaLife, Rob Hicks berkata: “Ia haiwan yang menakjubkan dan kami berpendapat kos membeli dan menghantarnya ke negara lain adalah berbaloi supaya mereka boleh membesar dalam akuarium.
“Mereka singgah di Hong Kong sebelum tiba di sini kira-kira seminggu lalu.
“Mereka mengambil masa beberapa hari untuk berehat tetapi kini mereka boleh makan seperti biasa dan tidak kelihatan terjejas dengan perjalanan yang begitu jauh.”
Jemma Battrick, dari SeaLife Weymouth berkata: “Ketika mengetahui kami akan memperoleh ketam itu, saya begitu teruja.
“Kami sudah pun mempunyai akuarium untuk mereka di sini. Dengan itu, adalah mudah untuk memindahkan mereka dan mempamerkannya terus.
“Ketam itu tidak banyak makan walaupun besar. Bahan yang dimakan ialah udang dan sotong.” – The Sun

Pengikut Yg SeTia