Selasa, 26 November 2013

Mee Hailam Mudah + Sedap

Assalamualaikum..
apa khaba semua? sihat x?
(walau tak tahu pon sapa yang dok scodeng blog yana nih.haha)
ok.. tak nak bebel pepanjang..
siapa suka makanan berkuah??
ok.. sejak dua menjak nih yana tersuka lak makanan berkuah.. g kedai makan pon sering kali order makanan berkuah+panas2.. fuhhh! terbaik kat tekak yang tak berapa nak sihat nih..
tetiba terasa rajin melampau (sebenarnya tekak nih yang beriya nak makan)
bak kata dak rumah yana, "anak cacing dalam perut tuh mengidam eh".. hahaha
kebetulan balik kampung, so yana buat untuk family sekali lah..
haaa.. bebel lagi dah.. dah2 jom kita start..
hari ini yana nak kongsi resepi Mee Hailam kat korang semua..

BAHAN2:
1. daging ayam. (ikut suka korang nak banyak mana)
2. beberapa ekor sotong, potong. (yana memandai letak, sampai mak yana kata 'mak masak tak de pon letak sotong'.hahaha) +perisa sikit lah..
3. beberapa batang sawi. (kali ni yana letak banyak,jadi hantu sayur.ngeh2)
4. sedikit bunga kobis
5. sebatang lobak
6. beberapa batang baby corn.
7. fish ball 1 pack.
IKUT KORANGLAH NAK POTONG CAMNE PON.. yang penting kalau dekat rumah mak mentua tuh jangan potong macam gajah, terbeliak kang biji mato dia..hahaha

8. 5 ulas bawang putih. (tumbuk @ titik, membe yana terlebih rajin, so dia tumbuk lah.. kesian dia..hihi )
9. 1 senduk cili boh. (yana beli kat kedai je, malas nak blend sendiri,+ sapa suka pedas boleh tambah lagi)
10. 3 sudu sos tiram. (nak lg umph! +lgi sikit lah k)
11. 1 sudu sos cili (sepatutnya sos tomato @ puri, aku derhaka sikit.. mintak ampun.hehe)
12. kicap pekat.
13. air masak (yana letak air yang lepas didih, cepat sikit dia masak)
14. 1 sudu serbuk lada hitam. (sapa yang tak suka pedas @ ada anak2 kecil tih kesian diaorang tak leh nak makan)
15. 1 1/2 sudu tepung jagung + air 3 sudu. (untuk memekatkan kuah)
16. 1kg mee kuning (jangan lupa untuk celur ye! lg sedap.. )


CARA2:
1. masukkan minyak dalam periuk pilihan anda, bila minyak dah panas, masukkan bawang putih + cili boh + sos cili + sos tiram. kacau-kacau sampai keluar minyak. (korang tau kan keluar minyak tuh ape? kiranya cili dah masak lah tuh, kalau cili tak masak rasa pon tak sedap k) sory.. lupa nak ambil gamba step nih.


2. setelah kuar minyak, masukkan daging ayam+sotong+fish ball. masak hingga air daging ayam+ sotong kering. (memang dengan sendirinya akan keluar air tak payah taruk air)


3. setelah air kering, masukkan lobak + batang sawi yang anda potong tadi.. (kalau rasa dah 1/2 lembut tuh ok lah)


4. Masukkan air mendidih + baby corn. jangan lupa masukkan kicap pekat anda.( masukkan seberapa banyak air yg anda suka ye.. kalau nak kuah lebih masukkan lebih)


5. last sekali masukkan daun sawi (tengok! betapa banyak daun sawi itu & warna-warninya kuah hailam saya! hahaha).. jangan lupa, sayur adalah baik untuk kesihatan kita.. ;) pastu sesuai kan rasa + masukkan tepung jagung & lada hitam tadi. kalau awak2 semua nak pekat bubuh banyak sikit bancuhan tepung jagung k.. tunggu sekejap sampai daun sawi layu,  DAN SIAP UNTUK DIHIDANGKAN!




haaa terliur x korang?? siap berasap lagi tuh..hihihi




yana wat tok dinner malam minggu gn family. betul2 abah balik surau + siap wat kuah.. kami semua terus makan..


inilah hasilnya.. nyum2.. jemput makan.. hihi
Alhamdullillah.. family suka + bertambah.. Family happy, yana pon happy maa.. :)
ini percubaan yg kedua & hasilnya lebih baik dari yang pertama..
yana suka yana suka.. hihi

pe pon.. GUD LUCK tok korang yang nak try..
HAPPY READING!! ;)



Selasa, 22 Oktober 2013

Open Order For Depavali & Awal Muharam..

Order untuk Depavali & Awal Muharam dibuka..paling terbaru ialah chicken pie, belum cuba belum tahu, bile cuba pasti xckup 1.. :)

Chicken Pie: RM15 (1box/10pcs)
Apam Polkadot Gebu : 50pcs (RM15) , 100pcs (RM30)
Kek Batik+coklat lebih: RM28 (1KG)
Coklat Moist : RM30 (1kg lbih)
Tapai pulut : minumum order 40bungkus (RM0.50/pcs)

last order = 1/11/13 (Jumaat)
Pick up & delivery = 3/11/13 (Ahad)
Delivery point = Parking Lot Dewan Jubli Intan Muar..(minimum 2order bru ada cod)


Area=Muar & Batu Pahat.Contact 013-7913358 utk sbrg prtnyaan & confirm order.TQ




Chicken Pie



Apam Polkadot



Kek Batik



Coklat Moist



Tapai Pulut



P/s : Hanya Apam Polkadot & Kek Batik boleh delivery By Pos Express ye! TQ..

Rabu, 25 September 2013

Kali ke-3 memang nahas!

Johor Bahru: “Papan itu melayang masuk ke dalam bas dan ia terhenti kira-kira seinci dari dahi saya. Jika ia terus meluncur, saya mungkin maut dalam kemalangan ini,” kata Razlan Abdullah Ismail, 46, semalam.
Razlan seorang daripada 22 penumpang bas ekspres dua tingkat yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Johor Bahru, yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa muatan papan di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, jam 5.50 pagi, semalam.
Dalam kejadian itu, tiga maut membabitkan pemandu kedua bas, R Shashi Kumar, 23, penumpang bas, Edi Setiono, 41, dan pemandu treler, A Majid Sadar Mohd, 59.

Seramai 14 penumpang bas berkenaan cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kulai (HP).


KEMALANGAN membabitkan bas ekspres dan lori membawa kayu di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, semalam.

Razlan berkata, kejadian berlaku kira-kira dua jam selepas dia berbual dengan Shashi Kumar.



Pengikut Yg SeTia